Ahli Mesyuarat Lembaga Perolehan hari ini telah berkesempatan untuk melawat beberapa pelaksanaan Projek Pembangunan KEJORA di sekitar Bandar Penawar dan Sedili, Kota Tinggi, Johor. Delegasi Lembaga Perolehan yang diketuai En. Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan Dan Pemantauan KPLB (merangkap Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Perolehan). Turut bersama-sama ialah Pn. Norsuriani binti Abas (KPLB), En Jeffery bin Abas (KPLB), En Jeffery bin Yon (Kementerian Kewangan Malaysia) dan En. Nik Zainurin bin Nik Ibrahim (Jabatan Kerja Raya).
Sesi Lawatan Kerja Projek Pembangunan KEJORA ini dimulakan dengan Lawatan ke Desaru Fruit Farm, Projek Menaiktaraf Persimpangan Jalan di Hadapan Kompleks Hentian Penawar, Kompleks Hentian Penawar dan Taman Fertigasi KEJORA di Bandar Penawar. Sesi lawatan bersambung ke Projek Pusat Pembangunan Pembiakan Dan Mengkuang, Projek Pelancongan Desa Kompleks The Wetlands dan Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas di sekitar Sedili Kecil.
YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA bersama-sama barisan pegawai KEJORA turut memberi maklumbalas status terkini pelaksanaan projek dan akan terus komited dalam memberikan khidmat yang
terbaik
kepada rakyat.