MAJLIS RAMAH MESRA IFTAR RAMADAN WILAYAH KEJORA BERSAMA PENGHULU, JPKK & ANAK YATIM WILAYAH KEJORA

KEJORA dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Anak Yatim Al- Husna Wilayah Johor Tenggara telah menyediakan peruntukan berjumlah RM227,400.00. Seramai 758 orang anak yatim menerima sebanyak RM300.00 setiap seorang.
Program sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA bersama YB Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA. Turut hadir adalah En. Hamzah bin Hj Isa, Pengerusi Yayasan Kebajikan Anak Yatim Al- Husna Wilayah Johor Tenggara.
Selain itu juga, ceramah bertajuk “Anugerah Lailatulqadar” telah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohammad Faizal bin Maidin dari Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi.