KUNJUNG BULAN RAMADAN WILAYAH KEJORA 2022M/1443H
Program Kunjung Ramadan Sempena Ihya’ Ramadan Wilayah KEJORA telah melabuhkan tirainya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa sentiasa hadir menyantuni masyarakat luar bandar sekaligus mengimarahkan masjid dan surau dalam wilayah KEJORA setiap kali bulan Ramadan menjelang.
Program yang berlangsung dari 12 April 2022 hingga 20 April 2022 ini telah melibatkan 10 JPKK terpilih antaranya, Kampung Sungai Redan, Kampung Paya, Kampung Kelantan, Kampung Isnin Maarof, Kampung Sungai Telor, Kampung Sri Lalang, Kampung Simpang, Kampung SC Jaya Sepakat, Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin dan Kampung Dato’ Ghani Othman . Selain itu juga, penganjuran program ini turut berfungsi sebagai pengerat temali silaturahim yang sedia terjalin sejak dahulu di antara pengurusan KEJORA dan JPKK yang terlibat.
Semoga program yang digarap ini akan terus menjadi satu usaha murni yang berterusan bagi tahun-tahun akan datang.