PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) 2022

MAKLUMAT AM

  • Program Skim Tunas Agro (STAg) merupakan program baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA untuk memberi peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan projek pertanian secara berskala kecil.
  • Objektif pelaksanaan Skim Tunas Agro (STAg) ini adalah sepertimana berikut:
    i.   Memberi peluang dan galakkan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang               pertanian.
    ii. Membantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak melaksanakan projek                         pertanian.
    iii.Dapat melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian di samping           menjana pendapatan sampingan.
  • Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA dalam melaksanakan projek-projek pertanian.

 

PERMOHONAN

  • Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
    i.  Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
    ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:

 https://forms.gle/YQj48rHHGK8Ba4b19
atau;

         iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

BANDAR PENAWAR,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

  • Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 MEI 2022 (ISNIN) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
  • Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

 

Maklumat Lanjut dan Borang Pemohonan adalah Seperti berikut :

IKLAN STAg SIRI 2 – 2022

Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2022