Pembangunan Industri Asas Tani

Pembangunan Industri Asas Tani telah dibangunkan bermula pada tahun 1999 bertujuan  untuk menyediakan kemudahan premis yang selesa kepada pengusaha serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Terdapat 3 komponen utama iaitu:

Kilang Herba

Telah dibangunankan pada tahun 2003 bagi pembangunan industri herba di dalam Negeri Johor. Kilang ini telah disewakan kepada Anak Syarikat KEJORA sejak tahun 2015 bagi mempertingkatkan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan industri asas tani.

Pusat Pengumpulan dan Pengendalian Hasil Tani (PPPHT)

Pusat Pengumpulan dan Pengendalian Hasil Tani (PPPHT) telah dibina pada tahun 1999 dengan tujuan menjadi satu premis tumpuan bagi pengumpulan hasil pertanian dan industri asas tani di dalam Wilayah KEJORA. Sehingga kini, premis ini masih disewakan kepada Tetuan Azmi Bagus Sdn. Bhd. Dengan pelbagai produk pertanian dan pelbagai aktiviti tarikan pengunjung.

Kompleks Hentian Penawar

Kompleks Hentian Penawar terletak di km. 43 Jalan Kota Tinggi – Desaru merupakan satu pusat rawat dan rehat (R&R) yang baru dibina bagi pengguna-pengguna jalanraya Kota Tinggi – Pengerang dan Lebuhraya Senai-Desaru. KEJORA telah memperuntukkan sebanyak RM 5.5 Juta bagi menyediakan premis Hentian Penawar yang baharu dilengkapi 22 unit gerai jualan, bangunan surau, bangunan tandas dan parker kenderaan yang luas. Kompleks ini dijangka beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya pada bulan mac 2018.

Bil. Jenis gerai Bil. Gerai  (unit)
1 Gerai buah-buahan/serbaneka

(9 m x  9 m)

2
2 Gerai makanan

( 3m x 6m)

12
3 Gerai minuman

(3m x 6m)

4
4 Gerai industri asas tani/serbaneka

(3m x 6m)

4
JUMLAH 22