Tempat Menarik

Muzium Sejarah Kota Johor Lama ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sejak tahun 1970. Kota Johor Lama terletak di Kampung Johor Lama iaitu 27km dari Bandar Kota Tinggi. Kota ini terletak di sebuah kawasan ladang getah di tepi Sungai Johor. Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah … (Raja Johor kedua 1528 – 1564) berpindah ke Tanjung Batu yang hanya di sebelah Sungai Johor. Beliau kemudiannya membina sebuah “kota” (banteng) dari kubu batu.

Hubungi kami di :

Kota Johor Lama Historical Museum

Kompleks Sejarah Kota Johor Lama,

Lot 1468, Kampung Johor Lama,

81940 Kota Tinggi, Johor.

No. Tel  : 07-883 1498

No. Fax  : 07-895 2082

Website  : www.jmm.gov.my

Taman Buaya Teluk Sengat terletak di Teluk Sengat, Kota Tinggi Johor, Malaysia. Di situ terdapat lebih 1000 ekor buaya. Di situ juga terdapat seekor buaya yang berusia 130 tahun tanpa taring. Pada usia yang uzur ini ia lebih suka menghabiskan masanya berjemur dan bukan lagi menakut-nakutkan para pengunjung. Ladang ini ditumbuhkan pada usia tahun 1979. Buaya di sini adalah buaya air masin (Crocodylus Porosus). Para pelawat mempunyai peluang untuk menyaksikan bagaimana buaya diberi makan. Pelawat boleh menyaksikan juga anak-anak buaya dan dibenarkan sentuh mereka di bawah pengawasan penjaga. Selain itu, terdapat cenderamata yang dijual di taman buaya tersebut.

Hubungi kami di :

Crocodile Farm

Lot 1289 & 1290, Jalan Sembilan, Kg Belading, Teluk Sengat,

81940 Kota Tinggi, Johor.

No. Tel  : 07-895 5220
No. Fax  : 07-895 5137

Dusun Buah-buahan Desaru dengan keluasan 100 ekar pengunjung boleh mengenali dan mempelajari tentang lebih 100 jenis buah-buahan tropika. Selain daripada itu pengunjung juga berpeluang untuk menikmati buah-buahan tempatan seperti nangka, oren madu, jambu air, dan raja buah-buahan iaitu durian. Pengunjung juga berpeluang untuk membeli buah-buahan untuk dibawa pulang.

Hubungi kami di:
Desaru Fruit Farm
Sungai Cemaran, Desaru
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Tel  : 07-822 5886
No. Fax  : 07-822 4886
Website  : www.desarufruitfarm.com

Taman Burung Unta Desaru mempunyai lebih daripada 300 burung terbesar di dunia. Di ladang itu, pelawat mempunyai peluang untuk berdamping dengan burung unta merupakan salah satu aktiviti yang menarik. Seorang kakitangan ladang akan bersama anda sepanjang masa anda di ladang ini. Fakta menarik mengenai burung unta ini akan dijelaskan oleh pengawal tersebut. Taman Burung Unta ini terletak di Teluk Ramunia.

Hubungi kami di : 
Ostrich Farm

EMR 15. Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor.

No. Tel  : 07-826 3536

No. Fax  : 07-826 5846

Kelip-kelip (Bujang Bot Servis) melihat kelip-kelip adalah salah satu daripada tarikan utama di Kawasan Tanah Lembab Sungai Lebam pada waktu malam. Terdapat 29 spesies serangga yang memancar cahaya berwarna kuning, hijau atau merah pucat yang berkumpul di daun-daun pokok berembang. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menikmati makan malam di atas bot sambil menyusuri sungai dan melihat kelip-kelip.

Hubungi kami di :
Bujang Boat Service Firefly
Jalan Johor Silica, Sg Lebam,
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Tel  : 012-759 3468 / 013-7027057
Website  : www.bujangboatfirefly.blogspot.my

Teratak Penawar terletak di Bandar Penawar, menawarkan pengalaman percutian di sebuah rumah melayu tradisional di dalam kebun jade melon.


Teratak Penawar Room rate

Type of Unit Weekday (Sun-Thu) Weekend (Fri-Sat) Eve & P.Holiday
Deluxe Room

(2 unit)

RM 220.00 NET RM 250.00 NET RM 280.00 NET
Standard Room

(1 unit)

RM 180.00 NET RM 210.00 NET RM 240.00 NET
Extra Mattress RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00

Hubungi kami di: 

No. Tel    : 012-756 1462 (Puan Noorfatiyah)

Reception  : 013-723 1060

Sales Office  : 013-723 1330

Email    : bayubalau@yahoo.com

Facebook  : Teratak Penawar

Kampung Nelayan ini telah wujud sejak tahun 1940an. Walau bagaimanapun pada tahun 1950an, penduduk kampung telah dipaksa mengosongkan kawasan itu kerana serangan dari tentera komunis. Pada tahun 1970an, KEJORA telah memulakan untuk membangunkan semula kawasan ini sebagai Kampung Nelayan Tanjung Balau. Selain daripada pantai yang indah dengan flora dan fauna asli, kampung ini juga terkenal dengan lokasi memancing yang digelar sebagai Karang Mas.

Hubungi kami di :

No. Tel : 019-700 1200 (Tok Kassim Bin Atan)

Jojo Rakit Terapung adalah agak jarang dan unik untuk menghabiskan cuti di rumah-rumah rakit. Rumah-rumah ini biasanya disamakan dengan rumah setinggan sedangkan mereka sebenarnya adalah chalet dibina di atas air. Salah satu daripadanya adalah Jojo Rakit yang terletak di Kampung Tanjung Buai, Kota Tinggi. Setiap Rakit disediakan dengan dapur untuk membolehkan penganjung memasakn tangkapan segar mereka.

Hubungi kami :

No. Tel   : 013-790 5485 / 013-775 4656

Facebook   : Chalet Jojo Rakit