FESTIVAL DESARUKU 2026: DUA HARI PENUH WARNA, SEJUTA KENANGAN!
MERIAH, CERIA DAN PENUH LUAR BIASA! 
Pantai Tanjung Balau menjadi saksi kemeriahan Festival DesaruKu 2026 yang berlangsung pada 14 dan 15 November 2026, menghimpunkan ribuan detik indah, kepelbagaian budaya, kreativiti dan semangat kebersamaan dalam satu sambutan yang cukup bermakna!
Bertemakan “Ini Desaru Kita”, festival sulung ini bukan sekadar pesta hiburan, tetapi menjadi pentas meraikan keunikan Desaru, mengetengahkan bakat tempatan, memperkasa komuniti serta merancakkan aktiviti ekonomi dan pelancongan di wilayah Greater Desaru.
Sepanjang dua hari penganjuran, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sukan rakyat, permainan tradisional, bengkel kreatif, demonstrasi masakan, pameran, jualan produk usahawan tempatan serta persembahan kebudayaan yang menyerlahkan identiti dan keunikan masyarakat setempat.
Kemeriahan semakin terasa apabila pentas utama digegarkan dengan persembahan hebat Ernie Zakri, Tam Spider, Teman Lelaki, Okirama dan Ranggi Selekta! Alunan muzik, sorakan penonton dan suasana penuh ceria menjadikan malam di Tanjung Balau begitu istimewa serta meninggalkan kenangan manis buat para pengunjung.
Festival ini merupakan anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), Desaru Coast dan Think City sebagai rakan pelaksana strategik, serta sokongan pelbagai agensi, komuniti dan pihak berkepentingan.
Lebih daripada sebuah festival, penganjuran ini mencerminkan semangat kolaborasi dalam membangunkan Greater Desaru sebagai destinasi pelancongan yang lebih dinamik, inklusif dan mampan. Keindahan alam semula jadi, kekayaan warisan serta potensi masyarakat setempat menjadi kekuatan utama dalam mencipta peluang ekonomi baharu dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Selaras dengan aspirasi KEJORA 2.0, usaha ini turut memperkukuh peranan KEJORA sebagai penggerak kerjasama strategik dan pembina ekosistem pembangunan wilayah yang memberi manfaat kepada masyarakat serta generasi akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik, agensi, usahawan, penggiat seni, peserta, petugas dan seluruh pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan Festival DesaruKu 2026!
Dua hari kita berkumpul, dua hari kita meraikan, tetapi kenangannya pasti kekal berpanjangan!
GREATER DESARU — BERSAMA MEMBINA DESTINASI, BERSAMA MENCIPTA MASA DEPAN.











































