header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
HADIAH RAMADAN BUAT WARGA SEDILI: RUMAH PPRS DISERAH KEPADA PEMILIK
Ramadan 1447H terus membawa sinar kebahagiaan kepada dua (2) penerima dari Kampung Semayong dan Kampung Sedili Kecil apabila menerima penyerahan rumah impian di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Majlis penyerahan replika kunci rumah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Encik Mokhtaruddin bin Othman dari Kampung Semayong melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada KEJORA atas usaha menyiapkan rumah PPRS tersebut. Beliau berjanji akan terus berusaha memperkukuh ekonomi keluarga serta keluar daripada garis kemiskinan, khususnya di kawasan Sedili.
Bagi Puan Norhayati binti Rajab dari Kampung Sedili Kecil, impian memiliki rumah sendiri pernah dianggap mustahil. Tanpa pekerjaan tetap dan peluang mendapatkan pinjaman perumahan, harapan itu seakan terkubur. Namun komitmen KEJORA dalam menyiapkan perumahan PPRS telah mengubah segalanya, menghadirkan sinar baharu dalam kehidupannya.
Program PPRS ini merupakan salah satu inisiatif KKDW dalam memperkasakan golongan miskin dan miskin tegar melalui penyediaan kediaman yang lebih berkualiti, selesa dan selamat sebagai asas kepada kehidupan yang lebih sejahtera
Di samping itu, PUSPANITA KEJORA turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima sebagai tanda keprihatinan serta bagi meringankan beban keperluan asas mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pembangunan Sosial Dan Pemajuan Desa KEJORA, Ketua Kampung serta Pegawai KEJORA.