header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7

HARI INOVASI, INTEGRITI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2025 – PEMANGKIN TADBIR URUS BERKESAN

KEJORA menyahut saranan Kerajaan dalam usaha menyemarakkan pembudayaan inovasi dan integriti organisasi dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi (HIP) KEJORA 2025 yang diadakan pada 18 Disember 2025. Majlis telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, bertempat di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bandar Penawar.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh pembudayaan integriti, pemikiran inovatif serta kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga kerja KEJORA sebagai elemen sokongan kepada tadbir urus berkesan dan penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti. Pengisian program merangkumi sesi Coffea Talk Integriti bersama Ketua Unit Integriti KEJORA serta ceramah integriti bertajuk “Semangat Kerjasama Dalam Bekerja” yang disampaikan oleh YBrs. KPL Mohd Azmil bin Zabidi (B), dari IPD Iskandar Puteri yang menekankan hubungan integriti dengan kolaborasi strategik, nilai kerja berpasukan beretika dan pengurusan cabaran organisasi.
Majlis ini turut menjadi platform pengiktirafan pencapaian organisasi melalui penyampaian Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2025, Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA serta Pertandingan Poster Digital Integriti, sejajar usaha memperkasa inovasi dalaman, kecekapan tadbir urus dan amalan kerja berimpak tinggi. Dalam majlis yang sama, Puan Siti Mariam binti Sahar, Pembantu Tadbir (Kewangan), Bahagian Kewangan telah dinobatkan sebagai Ikon Integriti KEJORA Tahun 2025 sebagai simbol teladan integriti warga organisasi.
Selain itu, pembukaan reruai pameran AKRAB KEJORA telah menyokong agenda penghayatan nilai integriti dan kesejahteraan psikologi secara holistik dalam persekitaran kerja.
Tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas kejayaan pelaksanaan program ini dan tahniah kepada pemenang pertandingan inovasi dan integriti seperti berikut:
ANUGERAH KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KEJORA TAHUN 2025
Johan
– Kumpulan KIK Albatross
Naib Johan
– Kumpulan KIK Obligasi
Ketiga
– Kumpulan KIK Sinergi
Anugerah Projek Harapan
– Kumpulan KIK Ultimate
Anugerah Persembahan Terbaik
– Kumpulan KIK Ultimate
PEMENANG ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI KEJORA TAHUN 2025
Johan Anugerah Pembudayaan Teknologi Maklumat
– Unit Perundangan
Johan Anugerah Pengurusan Keselamatan Perlindungan
– Bahagian Pengurusan Hartanah dan Fasiliti
Johan Anugerah Kecekapan Tadbir Urus
– Bahagian Pengurusan Hartanah dan Fasiliti
PEMENANG PERTANDINGAN INTEGRITI MENCIPTA POSTER DIGITAL INTEGRITI
Johan – Encik Mohammad Erwan Bin Saat
Naib Johan – Encik Dzulkeflee Bin Hussain
Ketiga – Cik Nur Afrina Binti Mohd Suhaimi