header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN-
Perkhidmatan Kaunter Luar Bersama Komuniti Layang-Layang
KEJORA, dengan kerjasama Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang, telah berjaya menganjurkan Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan sebagai usaha pelaksanaan perkhidmatan kaunter luar agensi bersama komuniti setempat.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan KEJORA dalam mendekatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan aspirasi memperkukuh hubungan strategik bersama komuniti luar bandar.
Melalui inisiatif ini, penduduk setempat berpeluang mendapatkan perkhidmatan secara terus tanpa perlu hadir ke Ibu Pejabat KEJORA, sekali gus menjimatkan masa dan kos.
Program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan Kaunter BSN, Kaunter SSM dan Kaunter PERKESO, yang bersama-sama memperluas akses perkhidmatan agensi kerajaan kepada masyarakat tempatan secara bersepadu dan menyeluruh.