header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
INI BUKAN BIASA-BIASA… KITA NAK PECAH REKOD MALAYSIA!!!
KEJORA dengan bangganya menyokong penganjuran 64th Lions International MD308 Convention & Service Carnival yang akan berlangsung di Desaru Coast, Johor pada 30 April hingga 3 Mei 2026. Acara berprestij ini menghimpunkan lebih 8,000 delegasi dari dalam dan luar negara, sekaligus memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Pelbagai program menarik telah dirancang termasuk aktiviti khidmat masyarakat yang memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.
Antara tumpuan utama ialah Program CSR Pembersihan Pantai di Pantai Tanjung Balau yang akan diadakan pada 2 Mei 2026. Program ini bukan sahaja bertujuan memelihara keindahan alam semula jadi, malah menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai dan ekosistem marin. Inisiatif ini juga menyasarkan penglibatan besar-besaran daripada masyarakat setempat serta pengunjung.
Menariknya, Lions Clubs International turut berhasrat untuk mencipta sejarah dengan mencatatkan penyertaan terbesar dalam Malaysia Book of Records bagi aktiviti pembersihan pantai. Justeru, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk sama-sama menghulurkan tenaga dan sokongan dalam usaha murni ini. Kehadiran anda bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar, malah menjadi sebahagian daripada pencapaian bersejarah negara.
KEJORA sentiasa komited menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar. Usaha seperti ini amat penting dalam memastikan kelestarian ekosistem terus terpelihara untuk generasi akan datang. Ayuh bersama-sama kita berganding bahu, hadir dan menyumbang dalam menjadikan Pantai Tanjung Balau lebih bersih, indah dan lestari.
2 Mei ini, kita gegarkan Pantai Tanjung Balau!
Jom turun beramai-ramai….bukan sekadar bersihkan pantai, tapi jadi sebahagian daripada sejarah Malaysia!
PECAH REKOD