header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA DAN KETENGAN MENJALIN KOLABORASI PROGRAM SILANG BUDAYA DEMI MEMPERKASA WARISAN MERENTAS WILAYAH
KEJORA telah menerima kunjungan daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi membincangkan potensi pelaksanaan Program Silang Budaya antara Muzium Nelayan Tanjung Balau dan Muzium Bukit Besi, Terengganu pada 28 Januari 2026.
Perbincangan di dalam kunjungan ini memberi tumpuan kepada pengukuhan warisan, perkongsian naratif sejarah komuniti dan pembangunan pelancongan budaya rentas wilayah.
Inisiatif ini membuka ruang kolaborasi strategik dalam memperkasa muzium sebagai hab pendidikan, pelancongan dan ekonomi komuniti, di samping memperluas penceritaan sejarah nelayan dan perlombongan sebagai identiti tempatan yang bernilai tinggi. Program silang budaya ini juga dijangka dapat meningkatkan keterlibatan masyarakat setempat serta menarik minat pelawat melalui pengalaman budaya yang lebih holistik dan berimpak.
Perancangan kolaborasi strategik ini selari dengan aspirasi KEJORA 2.0, yang menekankan pembangunan bersepadu berasaskan warisan, komuniti dan kelestarian alam jangka panjang.
KEJORA komited untuk terus berfungsi sebagai platform kolaborasi antara wilayah, membina ekosistem yang adil, bertanggungjawab dan mampan demi manfaat rakyat serta generasi akan datang.