header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menunjukkan komitmen dan semangat perpaduan yang tinggi dengan turut serta dalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kota Tinggi yang diadakan di Masjid Bandar Kota Tinggi yang bertemakan “Membangun Ummah Maju Johor”.
KEJORA juga telah muncul Johan Sepanduk Terbaik Kategori Kerajaan yang telah disampaikan oleh YB Tuan Aznan bin Tamin, Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Tanjung Surat. Penyertaan KEJORA ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan nilai-nilai Islam serta mempererat hubungan silaturrahim antara warga KEJORA dan masyarakat.
Selain perarakan, program ceramah agama, bacaan alunan ayat-ayat Al-Quran dan selawat beramai-ramai telah diadakan bagi memberi peluang kepada jemputan untuk mendalami pengetahuan mereka tentang keperibadian dan perjuangan Rasulullah SAW.
Penyertaan KEJORA dalam sambutan ini sekali gus memperlihatkan sokongan padu terhadap inisiatif keagamaan dan perpaduan untuk terus membangunkan wilayah.