header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA PACU REVOLUSI TENAGA HIJAU, BINA EKOSISTEM PELABURAN MASA DEPAN
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar telah mengadakan kunjungan hormat ke Ditrolic Energy Holdings Sdn. Bhd. sebagai langkah strategik memperkukuh jaringan kerjasama serta meneroka peluang pelaburan berimpak tinggi. Sesi perbincangan ini memberi fokus kepada pembangunan sektor tenaga boleh baharu, pengurusan portfolio pelaburan serta pemanfaatan bank tanah KEJORA secara lebih strategik bagi mewujudkan nilai ekonomi yang mampan untuk Wilayah Johor Tenggara.
Selaras dengan aspirasi KEJORA 2.0, pendekatan pembangunan hari ini tidak lagi hanya tertumpu kepada pelaksanaan projek semata-mata, sebaliknya beralih kepada pembinaan ekosistem pelaburan yang mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi. KEJORA 2.0 bukan sekadar membangunkan projek, tetapi membina sebuah ekosistem pelaburan yang menghubungkan tanah, bakat, teknologi dan rakan strategik bagi mencipta nilai jangka panjang kepada rakyat serta Wilayah Johor Tenggara.
Berteraskan prinsip Institusi Berfikir (Thinking Institution), Pemegang Amanah kepada Tanah, Masa dan Rakyat (Trustee of Land, People and Time), Platform Kolaborasi (Platform of Collaboration) serta Pembina Ekosistem (Ecosystem Builder), KEJORA komited menjadi pemudah cara yang menyatukan kerajaan, industri, pelabur dan komuniti dalam mewujudkan rantaian nilai yang mampu memperkukuh daya saing wilayah serta melonjakkan pembangunan ekonomi secara inklusif dan lestari.
Perbincangan turut menyentuh potensi pembangunan Loji Solar Berskala Besar (Large Scale Solar – LSS) dan Battery Energy Storage System (BESS) yang mampu memperkukuh agenda tenaga hijau negara, menyokong keperluan industri serta meningkatkan daya tarikan Wilayah KEJORA sebagai destinasi pelaburan strategik. Inisiatif ini diyakini berupaya menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, menarik pelaburan berkualiti, merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan serta memperkukuh daya tahan pembangunan luar bandar berteraskan inovasi, teknologi dan kelestarian.
KEJORA berharap kunjungan hormat ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang lebih kukuh dan berterusan, seterusnya membuka ruang kepada pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang mampu membawa limpahan manfaat kepada rakyat, pelabur dan seluruh Wilayah Johor Tenggara. Melalui sinergi bersama rakan strategik, KEJORA optimis untuk terus membina sebuah ekosistem pembangunan dan pelaburan yang progresif, memperkasakan potensi wilayah serta menjadikan Johor Tenggara sebagai hab pelaburan hijau yang kompetitif, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan generasi masa kini dan masa hadapan.
“KEJORA 2.0 l Membina Ekosistem. Mencipta Nilai. Menggerakkan Masa Depan.”