header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA PROMOSI PELANCONGAN DESA DI KENYIR GEOPARK

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menyertai kemeriahan Festival Kenyir Geopark 2025 yang berlangsung di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Terengganu.

Festival selama tiga hari yang bermula pada 30 Oktober hingga 1 November 2025 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), dan telah menerima sambutan hangat daripada komuniti serta pengunjung tempatan. Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pelancongan merangkap Pengurus Pembangunan Ekonomi dan Usahawan turut hadir selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Penyertaan KEJORA melalui pembukaan reruai pameran telah menarik perhatian ramai pengunjung yang ingin mengenali lebih dekat keunikan dan potensi produk pelancongan desa di bawah wilayah pentadbiran KEJORA. Pameran kali ini turut membawakan produk KEJORA Best iaitu ‘Piyok’ Pes Asam Pedas dan Produk Warisan Usman Awang iaitu Tart Nenas Teratai.
Usaha ini menjadi sebahagian daripada inisiatif berterusan KEJORA dalam memperkenalkan destinasi pelancongan desa di daerah Kota Tinggi sebagai lokasi wajib singgah sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang memeriahkan reruai KEJORA dan jumpa lagi di Johor!