Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) terus mengukuhkan reputasinya sebagai agensi yang cemerlang dalam pengurusan dan inovasi apabila berjaya meraih tempat ketiga bagi dua kategori sempena Majlis Perhimpunan Bulan November 2025 dan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025 yang berlangsung di Putrajaya.
KEJORA menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Pengurusan) melalui pembangunan Sistem Tunggakan Hasil (STAiL) serta Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan. Kedua-dua anugerah ini mengiktiraf kecekapan, ketelusan dan inovasi berterusan yang dilaksanakan oleh KEJORA dalam mempertingkatkan kualiti pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.
YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA, telah hadir menerima anugerah yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Pencapaian ini mencerminkan hasil kerja berpasukan serta komitmen tinggi warga KEJORA dalam memperkukuh amalan tadbir urus yang berintegriti dan berinovasi.
Tahniah kepada pasukan pemenang atas kejayaan yang diraih dan terima kasih KKDW.



























