header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Hiasan Bangunan Peringkat Daerah Kota Tinggi bagi Kategori Jabatan Kerajaan, yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).
Lebih 250 helai bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor telah dipasang dalam pelbagai bentuk di ruang luar dan dalam bangunan. Penyertaan kali ini juga melibatkan Bangunan Muzium Nelayan Tanjung Balau, yang dihias bersempena sambutan bulan kemerdekaan.
Sebagai inisiatif kreatif tambahan, KEJORA turut menghasilkan replika Jalur Gemilang menggunakan bahan kitar semula seperti kertas dan plastik pelbagai warna dan menerbitkan sebuah video di platform media sosial rasmi TikTok KEJORA, memaparkan interpretasi dan penghayatan makna kemerdekaan dalam kalangan warga kerja KEJORA.