header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA SEMARAKKAN CINTA RASULULLAH SAW, RAIH JOHAN SEPANDUK TERBAIK
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bersama-sama menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 1448H/2026M menerusi perarakan yang berlangsung penuh meriah dan penghayatan di Masjid Jamek Daerah Kota Tinggi.
Seawal jam 7.30 pagi, suasana sekitar masjid bergema dengan alunan selawat dan puji-pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Setiap langkah dalam perarakan membawa satu manifestasi kecintaan kepada Rasulullah SAW, seiring tema sambutan pada tahun ini, “Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati.”
Lebih membanggakan, penyertaan KEJORA pada tahun ini turut mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai JOHAN SEPANDUK TERBAIK KATEGORI AGENSI KERAJAAN.
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, malah mencerminkan semangat kebersamaan, kreativiti dan komitmen warga KEJORA dalam mengimarahkan sambutan hari kebesaran Islam.
Sambutan Maulidur Rasul menjadi medan untuk kita kembali menghayati sirah, sunnah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW, seterusnya menterjemahkan nilai-nilai murni Baginda dalam kehidupan, pekerjaan dan khidmat kepada masyarakat.
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa, memperkukuh ukhuwah serta menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama membina ummah yang bersatu, berakhlak dan diberkati.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati.