header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA TEROKA POTENSI AI & CLOUD DALAM LAWATAN RASMI KE GOOGLE MALAYSIA
Lawatan rasmi KEJORA ke Google Malaysia pada 27 April 2026 menjadi pemangkin baharu dalam memperkukuh agenda transformasi digital organisasi ke arah KEJORA 2.0. Delegasi KEJORA yang diketuai oleh Pengurus Besar bersama pegawai telah didedahkan kepada pelbagai teknologi dan pendekatan moden dalam pengurusan sistem serta data.
Sepanjang lawatan, pelbagai perkongsian bernilai diterima termasuk kaedah meningkatkan produktiviti, pengurusan data yang lebih cekap, serta kepentingan keselamatan dan tadbir urus maklumat. Pendedahan ini turut menyuntik inspirasi kepada KEJORA untuk membudayakan cara kerja yang lebih dinamik, berasaskan data dan berpaksikan inovasi.
Secara keseluruhannya, lawatan ini membuka lembaran baharu kepada KEJORA dalam merangka pelan transformasi digital yang lebih menyeluruh, sekali gus memperkukuh keupayaan organisasi serta memacu pembangunan sosioekonomi wilayah ke arah KEJORA 2.0 yang lebih mampan dan berdaya saing.