header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KOMITMEN KEJORA: PERSEKITARAN TERJAGA, KOMUNITI SEJAHTERA
Pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan di kawasan KEJORA terus dipergiatkan melalui pelbagai inisiatif oleh Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA. Antaranya termasuk kerja-kerja pembersihan dan landskap di sekitar ibu pejabat KEJORA bagi memastikan persekitaran sentiasa kemas, hijau dan kondusif.
Selain itu, kerja-kerja menebang pokok serta pembersihan turut dilaksanakan di kawasan industri automotif bagi menjamin aspek keselamatan serta keselesaan pengguna kawasan ini. Dalam masa yang sama, hiasan pentas di Dewan KEJORA juga telah dijalankan bagi memperindahkan ruang serta menyediakan suasana yang lebih menarik untuk pelaksanaan pelbagai program rasmi dan komuniti.
Inisiatif berterusan ini mencerminkan komitmen KEJORA dalam menyediakan persekitaran yang selesa, selamat dan berkualiti kepada warga kerja serta masyarakat setempat, sekali gus menggalakkan penggunaan fasiliti secara optimum untuk pelbagai aktiviti.