
2.0 |
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA | |||
2.1 | Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil/biro; | |||
a. Biro Ekonomi dan Keusahawanan b. Biro Pendidikan c. Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan d. Biro Agama e. Biro Wanita f. Biro Keselamatan g. Biro Pembangunan Insan |
||||
2.2 | Menetapkan tarikh mesyuarat jawatankuasa serta tarikh mesyuarat lain yang berkaitan dengan jawatankuasa. | |||
2.3 | Mengendalikan segala tindakan dan rancangan JKKMB dan menyelaras serta mengawasi tugas-tugas dan perjalanan biro-biro. | |||
2.4 | Menyokong serta membantu mencapai matlamat dan tanggungjawab jawatankuasa. | |||
2.5 | Mengumpulkan data-data dan maklumat-maklumat yang lengkap mengenai bandar seperti penduduk, kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan maklumat-maklumat lain tentang sosio-ekonomi dan mengemaskinikannya dari semasa ke semasa bagi tujuan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan projek-projek pembangunan dan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan yang dijalankan di bandar dan kawasan berhampiran. | |||
2.6 | Sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari jalan bagi mengeratkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan penduduk melalui kegiatan-kegiatan dan perkumpulan yang dirancang dengan baik dan teratur. | |||
2.7 | Berhubung rapat dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain untuk tujuan mengeratkan perpaduan. |
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!