Pensijilan
SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)
PENGENALAN
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) merupakan suatu pendekatan yang bersistematik dan berstruktur bagi pengurusan maklumat. Pelaksanaan ISMS meliputi polisi, proses, prosedur, struktur organisasi, perisian dan juga fungsi sesuatu perkakasan.
SKOP PENSIJILAN
“Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Bagi Sistem Electronic Procurement Ready Online (ePRO), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara”
DASAR ISMS
“Menyediakan pengurusan aktiviti perolehan yang berkesan bagi menjamin kerahsiaan, ketersediaan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat yang disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.”
Dasar ISMS adalah merujuk kepada Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KEJORA (DKICT) terkini. DKICT KEJORA diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan KEJORA dengan menimimumkan kesan insiden keselamatan ICT.
TUJUAN PELAKSANAAN ISMS
- Perlindungan kepada kerahsiaan, ketulenan dan integriti maklumat perolehan KEJORA;
- Pengurusan keselamatan maklumat perkhidmatan perolehan;
- Pengurusan pemprosesan maklumat perolehan yang betul dan selamat;
- Pengurusan pencegahan akses ke persekitaran fizikal yang tidak dibenarkan serta kerosakan dan gangguan kepada premis dan maklumat organisasi;
- Pengurusan keselamatan perkakasan untuk mencegah kehilangan, kerosakan, kecurian atau kompromi ke atas aset dan gangguan kepada aktiviti organisasi; dan
- Pengurusan keselamatan terhadap pekerja, pihak kontraktor dan pengguna supaya memahami tanggungjawab masing-masing bagi mengurangkan risiko kecurian, penipuan atau penyalahgunaan kemudahan yang disediakan.
SIJIL ISMS
SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) : MS ISO 9001:2015
SKOP PELAKSANAAN MS ISO 9001:2015
Bagi maksud melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), KEJORA akan melaksanakan tugas-tugas sebagaimana berikut:
- Pengurusan permohonan sewaan dan pajakan kawasan tanaman campuran dan akuakultur;
- Pengurusan pembangunan modal insan masyarakat luar bandar dan usahawan tempatan;
- Pengurusan pembangunan tanah;
- Perancangan pembangunan fizikal dan pengurusan projek pembangunan;
- Pembangunan dan pelaksanaan aktiviti pelancongan;
- Aktiviti-aktiviti sokongan berkaitan.
DASAR KUALITI
KEJORA Komited dalam menentukan, merancang, menyediakan perkhidmatan dan melaksana proses-proses Kawalan Pembangunan, Perkhidmatan Kawalan Perniagaan dan Menentukan Projek-Projek dengan cekap, berkesan dan sempurna sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing dan sentiasa memenuhi kehendak-kehendak pelanggan secara berterusan demi kesejahteraan, penduduk di Wilayah Johor Tenggara.
HUBUNGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Faks : +607-8221600
Emel :kejora@kejora.gov.my