Pencapaian Gemilang KIK KEJORA
Konvensyen Team Excellence 2018 bersempena Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition (APIC) 2018 telah  berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) pada 13-15 November 2018.

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar  penyertaan dua kumpulan KIK iaitu THE APPRENTICE dan PERDANA. Pada Konvensyen kali ini kumpulan KIK THE APPRENTICE telah mendapat pengiktirafan Anugerah Emas 5 Bintang dan PERDANA Anugerah Emas 4 Bintang. Lebih manis, kumpulan KIK THE APPRENTICE turut dinobatkan sebagai Naib Johan Sektor Awam (Negeri) dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 dan merupakan pencapaian tertinggi setakat ini. KIK THE APPRENTICE juga tersenarai 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri) daripada 305 kumpulan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga pencapai ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.