header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7

KUNJUNG HORMAT SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) CAWANGAN NEGERI JOHOR

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarahnya, En. Mahzan bin Noordin di Ibu Pejabat KEJORA.
Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara KEJORA dan SKM, khususnya dalam memperkasa pembangunan ekonomi berasaskan koperasi sebagai pemangkin kepada ekosistem pertumbuhan ekonomi luar bandar selaras dengan aspirasi KEJORA 2.0.
Sesi perbincangan turut menumpukan kepada penerokaan peluang kerjasama baharu dalam memperkasa peranan koperasi sebagai pemacu aktiviti ekonomi setempat, termasuk potensi pembangunan usahawan, pengukuhan rantaian nilai ekonomi komuniti serta penciptaan peluang ekonomi mampan di wilayah KEJORA.
Melalui kolaborasi strategik ini, KEJORA dan SKM komited untuk merangka inisiatif pembangunan yang lebih inklusif dan berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh ekosistem pembangunan wilayah dan pertumbuhan ekonomi luar bandar demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di wilayah KEJORA.