header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KUNJUNGAN HORMAT KE CONSULATE-GENERAL OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE IN JOHOR BAHRU
KEJORA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Consulate-General of the Republic of Singapore in Johor Bahru sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik serta membuka ruang kerjasama dua hala.
Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Mr Ng Kuan Khai, Singapore’s Consul-General in Johor Bahru.
Dalam sesi ini, KEJORA telah memaklumkan mengenai cadangan penganjuran Strategic Engagement Program KEJORA 2.0 – Institutional Learning Meeting to Singapore. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama institusi, meningkatkan pertukaran ilmu dan amalan terbaik, serta mengukuhkan jaringan strategik bersama agensi dan institusi berkaitan di Singapura.
Program tersebut juga adalah merupakan sebahagian agenda transformasi KEJORA 2.0 yang menumpukan kepada pengukuhan peranan KEJORA sebagai:
– Institusi Pemikir
– Pemegang Amanah Tanah, Manusia dan Masa
– Platform Kolaborasi
– Pembina Ekosistem Berasaskan Penciptaan Nilai Jangka Panjang
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra dan kesudian pihak Consulate-General of the Republic of Singapore atas kesudian menerima kunjungan ini, dan berharap hubungan kerjasama ini dapat diperkasa demi manfaat bersama.