header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Pengurus Besar KEJORA, Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Datuk Muhd Khair bin Mohamed Annuar.
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Perancangan Strategik KEJORA.
Kunjungan ini merupakan yang pertama oleh Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar KEJORA ke-11 sebagai memperkukuh kerjasama antara KEJORA dan KKDW dalam pembangunan luar bandar yang lestari.