LATIHAN PENGURUSAN WALET TINGKAT KEMAHIRAN PESERTA PROJEK EKONOMI PERTANIAN WILAYAH KEJORA
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rumah Burung Walet pada 26-28 November 2025 bertempat di Pusat Latihan Usahawan (IAT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Gurun, Kedah.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam mengenai kaedah pengurusan rumah burung walet yang lebih sistematik dan efisien bagi memastikan penghasilan sarang yang berkualiti tinggi.
Seramai 20 peserta yang merupakan ahli koperasi di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Baru (Ternakan Burung Walet) KEJORA telah menyertai kursus ini. Peserta juga berpeluang menyertai sesi lawatan teknikal ke rumah burung walet milik En. Mohd Nasir Bin Hashim di Yan, Kedah yang turut berkongsi pengalaman kepada para peserta dalam pengurusan projek ini.
KEJORA merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas perkongsian ilmu, teknik dan pengalaman berharga tersebut. Diharapkan semua peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh sekali gus memperkukuh potensi wilayah KEJORA sebagai pengeluar sarang burung walet berkualiti tinggi.





















