LAWATAN DELEGASI SEMPENA PROGRAM PELAWAT “A FAMILIIARISATION OF MALAYSIA’S POLICY AND DEVELOPMENT” DI BAWAH PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (MTCP) KE KEJORA
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi antarabangsa sempena Program Pelawat “A Familiarisation of Malaysia’s Policy and Development” di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) anjuran Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa (ICADD), Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN).
Lawatan yang melibatkan pegawai-pegawai dari rantau Afrika ini bertujuan memberi pendedahan mengenai dasar, pendekatan serta inisiatif pembangunan luar bandar yang dilaksanakan oleh KEJORA dalam memperkasa komuniti luar bandar yang mampan, inklusif dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Sepanjang lawatan di KEJORA, delegasi telah diberi peluang melihat sendiri potensi pembangunan wilayah luar bandar serta amalan terbaik yang dilaksanakan dalam memacu pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Delegasi turut didedahkan dengan pengalaman dan pengetahuan berkaitan pembangunan serta pengoperasian Muzium Nelayan Tanjung Balau sebagai salah satu produk pelancongan warisan dan pendidikan komuniti yang signifikan di Johor Tenggara.
Semoga lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengukuhan hubungan antarabangsa serta membuka ruang kerjasama strategik dalam pembangunan komuniti luar bandar di peringkat global. KEJORA turut mempomosikan Tahun Melawat Johor 2026.
































