Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat sesi Lawatan Perkogsian Ilmu ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada 16 Januari 2018 (Selasa). Objektif utama sesi lawatan tersebut adalah untuk melihat keberkesanaan pelaksanaan inovasi di KEJORA selain dapat berkongsi pandangan dan pengetahuan berkaitan ciptaan inovasi daripada kedua-dua Jabatan.

Lawatan DBKL seramai 10 orang tersebut yang diketuai oleh Pn. Hjh. Siti Noor binti Hamzah, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Jabatan Pengurusan Maklumat DBKL. Kehadiran anggota DBKL ke KEJORA juga merupakan salah satu slot dalam Retreat Persediaan Ke Peringkat Antarabangsa 2018 Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Ubiquitous daripada Jabatan Pengurusan Maklumat DBKL.

INOVASI KEJORA

Sesi lawatan yang bermula pada jam 10:00 pagi tersebut dimulakan dengan sesi pengenalan dan suai kenal antara kedua-dua pihak. KEJORA melalui Kumpulan KIK CUBE dan Kumpulan KIK Dinar telah membentangkan ciptaan inovasi iaitu Alat Inovasi CU-B (Alat Gegantung) yang berperanan sebagai Alat Gegantung bagi Banting, Sistem CMOS (Claims, Mileage, Overtime System) yang digunakan untuk pengurusan tuntutan elaun dan tuntutan kerja lebih masa bagi anggota KEJORA dan Sistem e-PRO (Elektronik Procurement Ready Online) yang dapat digunakan bagi pengurusan perolehan dalam talian yang melibatkan perolehan Sebut Harga KEJORA untuk dikongsikan kepada Anggota DBKL.

DBKL PROMOSI “MOBIS”

DBKL Mobis atau Mobile Information Service pula merupakan sebuah aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Jabatan Pengurusan Maklumat DBKL untuk membantu orang awam mendapatkan maklumat dengan pantas seperti Semak Notis Kompaun Trafic DBKL, Pembayaran Online, No. Telefon Hotline DBKL dan Lokasi Kaunter Bayaran.

Sesi Perkongsian Ilmu tersebut berakhir pada jam 12:30 tengah hari dengan penyampaian cenderahati oleh kedua-dua belah pihak. Semoga dengan adanya lawatan ini hubungan dua hala antara KEJORA dan DBKL dapat diteruskan dengan program-program yang lain.