MAJESTIC HERITAGE TREASURE HUNT @ KEJORA 2018

MAJESTIC HERITAGE TREASURE HUNT @ KEJORA 2018

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah menganjurkan MAJESTIC HERITAGE TREASURE HUNT@KEJORA 2018. Program ini merupakan sebuah aktiviti rekreasi kembara pelancongan yang bertujuan mempromosikan destinasi dan produk pelancongan dan warisan yang terdapat di Wilayah KEJORA.
Aktiviti ini juga dilihat mampu menguji peserta untuk mengenali tempat warisan dan bersejarah di Negeri Johor dan sesuai dengan tarikh penganjurannya bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Penganjuran ini melibatkan kerjasama strategik antaranya pihak Desaru Coast. Tourism Johor, Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang dan pengurus acara rasmi IPPJ Sdn Bhd.
Mekanisma perjalanan acara bermula dengan peserta bergerak secara berkumpulan dengan kenderaan masing-masing mengikuti kertas arahan tulip, seterusnya menjawab soalan berbentuk klu yang jawapannya terdapat di sepanjang laluan. Peserta juga dikehendaki menyelesaikan tugasan interaktif di beberapa destinasi terpilih yang bukan sahaja mampu memberi nilai komersial kepada lokasi tersebut tetapi juga memberi pengalaman menarik dan ilmu bermanfaat kepada peserta.

Antara objektif penganjuran adalah:-

  1. Platform mempromosikan destinasi dan produk pelancongan yang menarik dan bersejarah di daerah-daerah Negeri Johor khususnya di Kawasan pentadbiran wilayah KEJORA;
  2. Membina ukhuwah, menjalinkan jaringan sosial dan professional yang rapat di kalangan agensi kerajaan berkaitan, peserta dan masyarakat setempat;
  3. Menyediakan platform riadah dan rekreasi yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mampu menguji intelektualliti, fizikal, mental dan semangat kerjasama berpasukan dikalangan peserta;
  4. Manggalakkan budaya meneroka dan memelihara warisan kebudayaan dan warisan semulajadi Negeri Johor.

Pelepasan acara telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha En Norazman Bin Othman Pengurus Besar KEJORA di Dewan KEJORA Bandar Penawar jam 8.30 pagi. Turut mengiringi pada majlis pelepasan ini adalah

  1. En Mohamed Noor Hafidz Bin Md Othman, Wakil Rasmi YDP PBT Pengerang,
  2. En Md Faizul Bin Md Fadzil, Penghulu Mukim Tanjung Surat,
  3. Wakil Rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi,
  4. En Azhari Bin Abu Bakar, Wakil Rasmi Tourism Johor,
  5. ASP Fauzi Bin Kamarudin, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi serta Pengurus-Pengurus Bahagian dan Ketua-ketua Unit KEJORA.

Peserta Majestic Heritage Treasure Hunt @ KEJORA 2018 kali ini melibatkan penyertaan peserta seramai 69 kumpulan dengan keseluruhan peserta seramai 276 orang. Penyertaan terdiri daripada dari peserta Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru yang melibatkan pelbagai bangsa .
Laluan kali ini bertemakan Kemegahan warisan yang melibatkan kawasan eko pelancongan di Wilayah KEJORA seperti Homestay Kampung Johor Lama, Homestay Kampung Mawai, The Wetland Belukar Durian, Muzium Nelayan Tg Balau dan berakhir di lokasi percutian yang terbaru di Riverside, Desaru Coast. Ganjaran yang ditawarkan kepada pemenang adalah dalam bentuk ganjaran tunai berjumlah RM 4,000.00 tempat pertama, RM 3,000 tempat kedua, RM 2,000.00 tempat ketiga serta hadiah iringan tunai sehingga tempat ke-50.

Program perasmian penutup disempurnakan oleh YB Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Pelancongan Negeri Johor bertempat di Amphiteater Riverside, Desaru Coast pada jam 6.30 petang. Penganjuran ini akan diberi keutamaan oleh pihak KEJORA untuk dianjurkan pada tahun hadapan.