MELANGKAH GAYA HIDUP SIHAT, MENGHAYATI INTEGRITI
KEJORA melalui Unit Integriti bersama hampir 2000 peserta telah menyertai acara Fun Walk Integriti Sempena Sambutan Hari Integriti Nasional & Hari Anti Rasuah Antarabangsa dan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bukit Katil, Melaka pada 7 Disember 2025.
Bertemakan, Malaysia MADANI: Ke Arah Negara Bebas Rasuah, acara ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, sekali gus menyuntik semangat baharu dalam memperkukuh budaya integriti dan membanteras rasuah di pelbagai lapisan masyarakat.
Semoga usaha bersama ini terus memperkukuh amalan integriti, mengangkat martabat tadbir urus dan tatakelola serta membawa manfaat berpanjangan kepada seluruh warga negara.




























