header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
MEMBARA MENUJU JUARA, JOHOR TAK PERNAH GENTAR!
Pengurus Besar KEJORA, YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz bersama seluruh warga KEJORA menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga kepada Pasukan Berbasikal Trek Johor dan Pasukan Bola Sepak Johor atas aksi luar biasa serta kejayaan gemilang di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, Pasukan KEJORA turut hadir memberikan sokongan padu dari sisi gelanggang, menyuntik semangat dan membakar motivasi para atlet Johor untuk terus berjuang hingga ke garisan penamat. Sorakan, semangat dan kebersamaan warga Johor menjadi tenaga tambahan kerana di mana anak Johor berjuang, di situ semangat Johor terus menyala! 🔥💙❤️
🚴‍♂️ BERBASIKAL TREK JOHOR — KAYUHAN JUARA!
Kem Berbasikal Trek Johor menutup saingan dengan penuh bergaya apabila berjaya membawa pulang lapan pingat keseluruhan iaitu empat EMAS 🥇, tiga PERAK 🥈 dan satu GANGSA 🥉. Setiap kayuhan, pecutan dan titisan keringat membuktikan bahawa semangat juang anak Johor sentiasa berada pada tahap tertinggi!
⚽ BOLA SEPAK JOHOR — EMAS MILIK JOHOR!
Lebih membanggakan, Pasukan Bola Sepak Johor berjaya merangkul pingat EMAS, sekali gus menghadiahkan “ibu segala pingat” SUKMA XXII kepada Kontinjen Johor selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Selangor. Satu kemenangan penuh kelas, keberanian dan semangat, Luaskan Kuasamu Johor!
Kejayaan ini bukan sekadar tentang pingat. Ia adalah lambang disiplin, pengorbanan, kerja berpasukan, kesatuan dan semangat tidak pernah menyerah demi membawa nama Johor ke puncak kegemilangan.
Syabas dan tahniah kepada para atlet, barisan jurulatih serta seluruh Kontinjen Johor! Terus melangkah, terus berjuang dan terus mencipta sejarah.
KEJORA BERSAMA JOHOR!
DARI VELODROM KE PADANG,
SEMANGAT MEMBARA,
JOHOR JUARA!