MEMBINA SINERGI BAHARU : KEJORA & YAYASAN HASANAH
Pengurusan KEJORA berbesar hati mengadakan sesi Kunjung Hormat ke Yayasan Hasanah, Yayasan milik penuh Khazanah Nasional Berhad. Sesi Perjumpaan yang menjadikan perbincangan dua hala sebagai platform pendedahan dan rujukan dalam memperkukuh pelaksanaan program sosial dan pendekatan pembangunan yang lebih mampan serta meneroka potensi kolaborasi strategik pada masa hadapan. Sesi ini menjadi ruang perkongsian idea dan pandangan ke arah pembangunan luar bandar yang lebih inklusif dan berimpak.
Perbincangan berlangsung secara terbuka dan santai, dengan fokus kepada bagaimana sinergi strategik boleh diterjemahkan kepada manfaat sebenar di lapangan.
KEJORA yakin kolaborasi bersama rakan strategik seperti Yayasan Hasanah mampu membuka lebih banyak peluang dan pendekatan baharu demi kesejahteraan komuniti luar bandar Johor Tenggara. Langkah kecil hari ini menjadi asas kepada impak yang lebih besar pada masa hadapan.
























