header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KEJORA BILANGAN 1 TAHUN 2025

Pada 14 Disember 2025, telah diadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KEJORA Bilangan 1 Tahun 2025 bertempat di Johor Corporation Kuala Lumpur Satellite Office dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi KEJORA.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Merangkap ADUN Tanjung Surat, YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi, YBrs. Tuan Ahmad bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang, YBhg. Tuan Haji Miswan bin Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar dan YBhg. Datuk Haji Mohd. Lassim bin Burhan.
Hadir sama adalah YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA serta barisan Pengurusan Kanan KEJORA.