PELAWAAN SEWAAN HAB AGRO BERSEPADU KEJORA (HAB@KEJORA)
Seiring dengan usaha memperkukuh sektor agromakanan negara dan memperluaskan amalan pertanian berteknologi tinggi, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa usahawan, belia tani dan pengusaha agro untuk merebut peluang menyewa kemudahan di Hab Agro Bersepadu KEJORA (HAB@KEJORA).
Hab Agro Bersepadu KEJORA (HAB@KEJORA) ini terletak di Kawasan Pertanian Sungai Mupor, Kota Tinggi, Johor dan dibangunkan di atas kawasan seluas 20.00 ekar sebagai hab pertanian moden yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan sokongan operasi bagi membantu meningkatkan produktiviti serta daya saing sektor pertanian.
Penggunaan teknologi moden dalam pertanian seperti sistem penanaman terkawal, pengurusan tanaman yang lebih cekap dan amalan pertanian pintar mampu meningkatkan produktiviti, menjamin kualiti hasil serta mengurangkan risiko pengeluaran. Inisiatif ini juga menyokong agenda keterjaminan makanan negara dan pembangunan ekonomi komuniti setempat.
07-884 3158
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada transformasi sektor pertanian moden bersama KEJORA. Manfaatkan kemudahan yang tersedia untuk meningkatkan daya saing dan memperkasa perusahaan agro ke arah yang lebih mampan, produktif dan berteknologi tinggi.














