Bagi mempergiat aktiviti ekonomi pelancongan di desa, satu Sesi Penilaian Pendaftaran Homestay Wilayah KEJORA di Pulau Tanjung Surat telah diadakan bagi membolehkan permohonan homestay berdaftar setiap pengusaha mematuhi standard kualiti pelancongan yang ditetapkan dalam aspek penyediaan kemudahan penginapan kepada pelancong.
Sebanyak 12 permohonan homestay telah dinilai merangkumi aspek kebersihan dan keselesaan penginapan, kualiti hospitaliti, penyediaan pengalaman budaya dan penglibatan komuniti serta keselamatan dan penyediaan kemudahan asas.
Usaha berterusan dalam pembangunan pelancongan desa ini adalah bagi meningkatkan keyakinan pelancong serta menjenamakan Pulau Tanjung Surat sebagai destinasi pelancongan unik semulajadi yang menyokong Program Desa Kirana@KKDW.
Langkah ini diambil bagi membolehkan Pulau Tanjung Surat lebih bersedia dalam mendepani Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2026.























