header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7

PEMERKASAAN INDUSTRI KRAF MENGKUANG DI WILAYAH KEJORA

Bagi memperkasa industri kraf mengkuang, KEJORA telah menganjurkan Kursus Penuaian dan Pengendalian Pasca Lepas Tuai Mengkuang di Pusat Pengumpulan & Penghasilan Produk Kraftangan Mengkuang serta Tapak Kajian Penanaman Mengkuang di Kg. Tuan Seh, Sedili.
Kursus ini dianjurkan bagi membentuk komuniti usahawan kraf mengkuang yang mampu melengkapkan ekosistem kraftangan wilayah KEJORA, di samping memperkukuh kemahiran teknikal peserta dalam penuaian, pengendalian dan penghasilan produk mengkuang. Program ini turut menjadi medium untuk mempromosikan projek Mengkuang KEJORA kepada masyarakat setempat.
Para peserta telah diberi pendedahan secara amali teknik penuaian dan pemilihan daun, proses penyediaan bilah mengkuang serta penghasilan asas produk anyaman. Pendekatan hands-on ini memberi peluang kepada peserta menguasai keseluruhan proses daripada ladang hingga ke pembuatan produk.
KEJORA merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, khususnya kepada tenaga pengajar berpengalaman, Puan Hasnah binti Abdullah dan Puan Rosmina binti Mamat, atas tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang program berlangsung.
Diharapkan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi merealisasikan aspirasi menjadikan wilayah KEJORA sebagai pusat pengeluaran kraf mengkuang berkualiti tinggi dan berdaya saing.