header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
PEMERKASAAN KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA MURID SEKOLAH RENDAH WILAYAH KEJORA

Program Pemantapan 3M Wilayah KEJORA berjaya menghimpunkan seramai 210 murid kelas pemulihan dari 45 sekolah rendah bagi memperkukuh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira melalui pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif.
Program anjuran KEJORA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta PPD Kota Tinggi, Kluang dan Kulai ini turut disertai oleh 45 guru pengiring dan 10 tenaga pengajar.
Bertempat di Desaru Fruit Farm, program dijalankan secara santai melalui tugasan visual, psikologi dan aktiviti berkumpulan yang memberi penekanan kepada perkembangan kognitif murid. Pendekatan “hands-on” ini membantu merangsang sambungan saraf otak (neural networking) sekaligus meningkatkan kemahiran koordinasi dan keseimbangan mereka.
Usaha ini merupakan komitmen berterusan KKDW bersama KEJORA dalam memperkasa pendidikan luar bandar bagi melahirkan masyarakat yang membangun seiring dengan pembangunan negara.
Terima kasih kepada semua yang memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.