header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7

PENGANJURAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KEJORA TAHUN 2025 SEMARAKKAN BUDAYA INOVASI

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2025 pada 17 Disember 2025 sebagai platform memperkasa budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam organisasi.
Konvensyen ini menyaksikan penyertaan empat (4) kumpulan terbaik yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir, selepas melalui proses penilaian dan saringan di peringkat dalaman. Setiap kumpulan membentangkan projek inovasi masing-masing yang menumpukan kepada peningkatan kecekapan kerja, penjimatan kos, kualiti penyampaian perkhidmatan serta penambahbaikan proses kerja.
Penganjuran konvensyen ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian idea dan amalan terbaik, malah turut mencerminkan komitmen KEJORA dalam menyokong agenda inovasi sektor awam selaras dengan aspirasi perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berimpak tinggi.
Tahniah kepada Kumpulan KIK Sinergi, Ultimate, Obligasi dan Albatross atas pencapaian pada hari ini dan terima kasih kepada Panel Juri daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) atas khidmat penjurian.