header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
PENGURUS BESAR KEJORA TERIMA WATIKAH PELANTIKAN
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, telah menerima Watikah Pelantikan sebagai Pengurus Besar KEJORA daripada YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, sebelum berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW.
Pelantikan ini menjadikan YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz sebagai Pengurus Besar KEJORA yang ke-11, berkuat kuasa mulai 16 Oktober 2025.
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz atas pelantikan ini. Semoga terus memacu kecemerlangan KEJORA dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar Johor Tenggara.