PERINTIS DAN CUBE RAIH ANUGERAH EMAS
3 April 2017, Johor Bahru – KEJORA telah menyertai Mini Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan yang berlangsung selama 1 hari di KSL Hotel & Resort Johor Bahru anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC). KEJORA telah diwakilil oleh 2 kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) iaitu PERINTIS daripada Bahagian Perancangan Strategik dan CUBE daripada Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).
Menerusi konvensyen tersebut, sebanyak 25 kumpulan telah membentangkan projek inovasi masing-masing dan kedua-dua kumpulan yang mewakili KEJORA iaitu PERINTIS dan CUBE telah berjaya meraih Anugerah EMAS.