Perumahan Kampung Tersusun KEJORA
Pengenalan
Program pembangunan kampung tersusun meliputi projek-projek berikut :
1)Pembinaan rumah-rumah kos rendah dan tapak-tapak perumahan secara tersusun
2)Penyediaan infrastruktur asas dan sosial
3)Penyediaan projek-projek ekonomi secara komersial dan kelompok untuk penyertaan penduduk
Sehingga kini KEJORA telah membangunkan 5 buah kampung tersusun yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Bagi memenuhi permintaan penduduk luar bandar, KEJORA akan membina 3 lagi projek perumahan tersusun iaitu Perumahan Tersusun Tuan Seh Fasa 2B sebanyak 33 unit rumah, Perumahan Tersusun Kampung Paya sebanyak 125 unit rumah dan Perumahan Tersusun Tanjung Buai Fasa 1 sebanyak 56 unit rumah untuk generasi ke-2. Pembangunan Kampung Tersusun KEJORA ini mampu menempatkan penduduk luar bandar secara terancang dan dapat menyumbang peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan melalui ruang-ruang niaga yang turut disediakan oleh KEJORA.
Bil | Projek | Tahun Pembinaan | Bil. Rumah | Jenis Rumah | Keluasan Rumah | Keluasan Kampung
(ekar) |
1 | Perumahan Tersusun Kg. Tuan Seh Fasa 1 | 2000 | 85 | Sesebuah – Batu | 20’ X 30’ | 42 |
2 | Perumahan Tersusun Kg. Tuan Seh Fasa 2A | 2012 | 24 | Sesebuah – Batu | 22’ X 30’ | |
3 | Perumahan Tersusun Kg. Tuan Seh Fasa 2B | 2017 | 32 | Sesebuah – Batu | ||
4 | Perumahan Tersusun Kg. Punggai | 2000 | 139 | Sesebuah – Kayu | 26’ X 30’ | 30.7 |
5 | Perumahan Tersusun Kg. Semanggar Dalam | 1998 | 60 | Sesebuah – Batu | 22’ X 30’ | 72 |
6 | Perumahan Tersusun Kg. Mawai | 2000 | 169 | Sesebuah – Kayu | 26’ X 30’ | 42 |
7 | Perkampungan Nelayan Tg. Balau | 1986 | 20 | Sesebuah – Kayu | 26’ X 30’ | 54 |