Pembangunan Usahawan
- Melahirkan usahawan yang proaktif, dinamik, berdaya maju dan berdaya tahan.
- Melahirkan usahawan yang dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dan berdaya saing untuk pasaran tempatan dan eksport.
- Menggalakkan pembangunan industri perkhidmatan dan sokongan.
- Menciptakan peluang, kemudahan dan inisiatif yang konstruktif dan berpiawaian tinggi.
- Menggalak, menyelaras dan mendorong masyarakat Bumiputera untuk menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi
- Menggalakkan pengembangan projek-projek sosio-ekonomi kepada projek-projek komersial
- Mengurangkan serta menyekat kebocoran atau aliran keluar tenaga manusia
- Memastikan penempatan pengusaha-pengusaha Bumiputera di dalam kemudahan premis dan prasarana perniagaan
- Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN)
- Program Tranformasi Kualiti Produk (PTKP)
- Promosi dan Pemasaran Produk Usahawan
- Kursus dan Latihan Keusahawanan
KLUSTER PERNIAGAAN | BILANGAN ORANG |
MAKANAN DAN MINUMAN | 501 |
KESEJAHTERAAN | 14 |
GAYA HIDUP | 49 |
ICT DAN ICT KREATIF | 2 |
PEMBINAAN | 3 |
AUTOMOTIF ( BENGKEL KERETA) | 2 |
PERTANIAN | 4 |
PERKHIDMATAN | 109 |
JUMLAH | 684 |
Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN) telah diwujudkan pada tahun 2013. Skim ini bertujuan memberi bantuan lanjutan kepada peserta kumpulan berpendapatan B40 dan M40 di Wilayah KEJORA dalam bidang keusahawanan. Pemohon yang layak akan disalurkan bantuan keperluan sehingga maksimum RM10,000.00 seorang dalam bentuk bantuan mesin dan peralatan bagi memajukan perniagaan yang telah diusahakan.
Antara objektif program adalah:
i. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan kumpulan sasar untuk menggunakan kemahiran dan bakat yang ada dalam membantu meningkatkan lagi taraf hidup;
ii. Memanfaatkan program latihan jangka pendek bagi membina keupayaan diri dan meningkatkan potensi menjana pendapatan melalui peluang pendidikan dan aktiviti keusahawanan;
iii. Program lanjutan kepada peserta yang telah mengikuti kursus untuk Membantu melaksanakan perancangan mereka memulakan perniagaan kecil
Program Transformasi Kualiti Produk (PTKP) merupakan program bagi memperkukuh pembangunan dan penjenamaan produk-produk usahawan wilayah KEJORA bagi meningkatkan nilai tambah ekonomi usahawan. Peserta yang layak akan diberikan bimbingan dalam bentuk pembungkusan, pemasaran, dan barang-barang promosi.
• Objektif Program Transformasi Kualiti Produk (PTKP) ini bertujuan untuk:
i. Menyediakan program pembangunan keusahawanan melalui bimbingan secara menyeluruh dan menggalakkan keupayaan dan potensi usahawan ke tahap yang lebih baik;
ii. Membangunkan dan mempertingkatkan produk usahawan melalui program peningkatan kualiti pembungkusan dan persembahan produk selari dengan kaedah transformasi jenama yang betul dan berdaya saing serta mematuhi Akta Pelabelan dan Peraturan Makanan;
iii. Melaksanakan program persediaan peningkatan kualiti produk, pengawalan kualiti (QC) serta persediaan ke arah pensijilan MeSTI/HALAL/GMP/ISO9001 dan lain-lain yang berkaitan;
iv. Menyediakan satu platform dalam membimbing dan membantu usahawan KEJORA dari segi pembangunan modal insan dan memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan ke arah memperkasakan ekonomi usahawan bimbingan KEJORA.
Kursus dan latihan keusahawanan diwujudkan bagi Membantu usahawan meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan mengikut kluster usahawan (start up, piko, nano, mikro, kecil dan sederhana).
• Antara objektif kursus dan latihan keusahawanan adalah:
i. Bertujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai pengetahuan dalam bidang perniagaan;
ii. Membantu meningkatkan pendapatan usahawan melalui ruang pasaran baru yang diterokai;
iii. Meningkatkan penggunaan platform e-dagang dikalangan usahawan dalam memasarkan produk keluaran mereka;
iv. Mendidik usahawan supaya lebih peka dengan perkembangan teknologi pada masa kini
HUBUNGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Faks : +607-8221600
Emel :kejora@kejora.gov.my