Pembangunan Pertanian
Program Tanaman Campuran KEJORA telah bermula sejak awal tahun 1984. Syarat kegunaan tanah Kawasan Tanaman Campuran adalah untuk tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan ayam, lembu, kambing, itik dan ikan kecuali tanaman kelapa sawit, getah dan ternakan khinzir.
- Menggalakkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta melibatkan diri didalam program pembangunan pertanian secara komersial di Wilayah KEJORA
- Menjadikan wilayah KEJORA sebagai kawasan pengeluaran hasil-hasil pertanian untuk pasaran tempatan dan dieksport ke luar negeri khususnya ke Singapura
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk setempat.
Terdapat 6 Kawasan Tanaman Campuran dengan kawasan seluas 2,222 hektar dengan pecahan kawasan sebanyak 136 plot dan dibangunkan oleh seramai 115 pengusaha pertanian. Sebahagian plot di KTC Bukit Saga telah berkurang disebabkan oleh Pengambilan Balik Tanah oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan projek RAPID di Pengerang. Pecahan kawasan dan bilangan pengusaha adalah sebagaimana berikut :
Kawasan Program Tanaman Campuran
PLOT TERKINI
BIL. | KAWASAN | JUMLAH
PLOT ASAL |
JUMLAH
PLOT TERKINI |
JUMLAH
PENGUSAHA |
LUAS (EKAR) |
1. | Penggeli Kecil | 35 | 36 | 8 | 1023.76 |
2. | Sungai Chemaran I | 9 | 9 | 9 | 265.90 |
3. | Sungai Chemaran II | 24 | 28 | 17 | 468.72 |
4. | Bukit Lawiang | 21 | 21 | 8 | 543.88 |
5. | Sungai Semberong Kiri | 4 | 7 | 5 | 1790.22 |
6. | Sungi Mupor | 4 | 22 | 14 | 442.50 |
7. | Bukit Saga | 49 | 0 | 0 | 0.00 |
JUMLAH | 146 | 123 | 61 | 4534.98 |
Jadual : Data Kawasan Tanaman Campuran sehingga Januari 2022
HUBUNGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.
No. Faks : +607-8221600
Emel :kejora@kejora.gov.my