PERSEMBAHAN TEATER MUZIKAL ‘WARISAN ALAM’ KEJORA SERIKAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER KKDW 2025
Majlis Perhimpunan Bulan Disember KKDW 2025 telah diserikan dengan persembahan istimewa daripada KEJORA melalui pementasan Teater Muzikal “Warisan Alam”.
Berteraskan konsep Muzikal Tari, persembahan ini mengetengahkan keindahan warisan alam dan budaya di kawasan Johor Tenggara, khususnya daerah Kota Tinggi. Pementasan ini diadakan bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026, sebagai simbolik promosi daya tarikan pelancongan di wilayah Johor Tenggara.
Seramai 36 anggota produksi—terdiri daripada 3 pelakon, 25 penari dan 8 pasukan produksi—telah menjayakan persembahan ini di hadapan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, YB Timbalan Menteri KKDW, YBhg. Ketua Setiausaha, Pengurusan Kanan Kementerian/Jabatan/Agensi serta hampir 300 orang tetamu.
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan persembahan KEJORA atas persembahan cemerlang yang memukau para hadirin!





























