PROGRAM PENGUPAYAAN WARGA EMAS WILAYAH KEJORA
25 Mei 2022 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajun Desa dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Penawar telah menganjurkan Program Pengupayaan Warga Emas Wilayah KEJORA bertempat di Dewan KEJORA Bandar Penawar.
Program dimulakan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung PAWE Bandar Penawar Bil 1.2022 yang dihadiri oleh Jawatankuasa dan ahli PAWE Bandar Penawar. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti Taklimat Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKPS) oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Taklimat Penjagaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Bandar Penawar dan Taklimat Pusat Aktiviti Warga Emas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi yang terlibat juga turut membuka kaunter pendaftaran SKPS dan Ujian Saringan Kesihatan kepada Warga Emas yang hadir.
Program turut diserikan dengan Majlis Perasmian Penutup yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Matriffin Bin Md. Amin, Pengurus Teknologi Maklumat, KEJORA, wakil rasmi kepada Pengurus Besar KEJORA. Semoga dengan kerjasama yang dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada golongan warga emas di bawah Wilayah KEJORA.