header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KEJORA 2026
Program Transformasi Minda (PTM) KEJORA 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 6 hingga 10 Julai 2026 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA dengan penyertaan seramai 31 orang anggota baharu KEJORA.
Program ini dilaksanakan berasaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 yang merangkumi tiga (3) segmen utama iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai, serta Budaya Kerja Kelas Pertama.
Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai baharu berkaitan konsep kenegaraan, sistem pentadbiran kerajaan, peraturan perkhidmatan awam, pemupukan jati diri serta penerapan budaya kerja cemerlang bagi melahirkan penjawat awam yang berintegriti, kompeten dan berfikiran kelas pertama.
Selain itu, PTM KEJORA 2026 turut menampilkan beberapa topik tambahan seperti peranan dan kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam, pengurusan kewangan peribadi pegawai kerajaan serta pemahaman berkaitan skim pencen dan perubahan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti pelbagai modul dan aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh CTC Group Resources bagi meningkatkan kefahaman, keyakinan diri serta membentuk warga kerja baharu yang bersedia menyumbang kepada kecemerlangan KEJORA.