SEGMEN “LUASKAN JANGKAUANMU” RADIO AN-NUR, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) SINGGAH Di IKS BANDAR MAS!
KEJORA telah menerima kunjungan istimewa daripada pasukan Bahagian Pengurusan Halal JAINJ, yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Taufik Bin Dato’ Hj. Shamsudin, bersama kru Radio An-Nur MAINJ bagi sesi rakaman segmen popular mereka, “Luaskan Jangkauanmu”.
Kali ini, dua usahawan hebat di IKS Bandar Mas menjadi fokus utama iaitu:
Lawatan ini memberi peluang kepada pihak JAINJ dan Radio An-Nur untuk melihat sendiri perjalanan perniagaan mereka yang telah memperoleh status Halal dan masih mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
Melalui sesi rakaman ini, pelbagai cerita menarik tentang produk, operasi harian dan usaha gigih kedua-dua usahawan berjaya dikongsikan—sekali gus membuka ruang promosi yang lebih luas melalui platform penyiaran Radio An-Nur.
KEJORA sentiasa komited menyokong usahawan tempatan agar terus berkembang, meningkatkan pemasaran dan menyumbang kepada ekonomi komuniti setempat. Semoga lebih ramai usahawan di bawah inisiatif KEJORA terus melangkah jauh dan dikenali di peringkat lebih tinggi!




























