SEMINAR ‘LABUR, JANGAN LEBUR!’: MEMPERKASA LITERASI PELABURAN DI ERA PENINGKATAN SCAM KEWANGAN
Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar di samping menangani kes penipuan kewangan, KEJORA mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Seminar ‘Labur, Jangan Lebur!’ di Bilik Taklimat KEJORA, dengan dihadiri oleh 50 orang peserta.
Seminar ini menampilkan dua penceramah pakar dalam bidang kewangan iaitu Encik Mohd Nawawi Mohd Hassan, Pengurus Bahagian Pemantauan dan Pembangunan Kewangan, Bank Negara Malaysia Johor Bahru, dan Puan Junainah Ahmad Esa, Ketua Cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Penganjuran seminar ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta tentang:
• kepentingan membuat semakan sebelum melabur,
• cara mengenal pasti risiko dan tanda awal skim penipuan, serta
• langkah membuat keputusan kewangan yang selamat dan bertanggungjawab.
Melalui seminar ini diharap dapat meningkatkan ketahanan literasi kewangan para peserta dalam menghadapi pelbagai tawaran pelaburan yang tidak menentu pada masa kini.
KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Komitmen bersama ini diharapkan dapat terus membina masyarakat yang lebih celik kewangan dan tidak mudah terperangkap dalam skim yang merugikan.

























