SUASANA POSITIF, PANTAI BERSIH: INISIATIF CSR TERBERG DI PANTAI TANJUNG BALAU
Pantai bersih, suasana pun nyaman
Terima kasih kepada Syarikat Terberg Manufacturing & Assembly Sdn Bhd. atas inisiatif hebat melalui Program Corporate Social Responsibility (CSR) dengan menganjurkan Beach Cleanup di Pantai Tanjung Balau. Program ini turut dibantu oleh Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA, membuktikan kolaborasi padu mampu beri impak besar kepada alam sekitar kita.
Dengan penglibatan hampir 100 orang peserta, suasana gotong-royong jadi lebih meriah dan bermakna. Hasil usaha bersama, sebanyak 363kg sampah berjaya dikutip, satu angka yang jelas menunjukkan betapa pentingnya kesedaran menjaga kebersihan pantai
Program ini bukan sekadar aktiviti pembersihan, tapi juga satu reminder penting bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah milik kita bersama. Setiap tindakan kecil, kalau dibuat secara konsisten, boleh bagi perubahan yang besar.
Harapan KEJORA, semua pengunjung dan masyarakat setempat dapat terus memainkan peranan dengan menjaga kebersihan pantai. Buang sampah di tempat sepatutnya dan hargai keindahan alam.
Pantai bersih, semua happy. Terima Kasih Terberg Manufacturing & Assembly Sdn Bhd. atas usaha murni anda.



























